Perdagangan elektronik (E-dagang)
adalah penggunaan rangkaian komputer di dalam aktiviti aktiviti komersial.
Perniaga menggunakan e-dagang untuk membeli dan menjual barang dan
perkhidmatan, mewujudkan kesedaran korporat yang lebih tinggi, dan menyediakan
perkhidmatan pelanggan. Walaupun banyak mempertimbangkan e-dagang menjadi
sinonim dengan perdagangan di Internet, skop sebenar adalah jauh lebih besar.
E-dagang merangkumi semua jenis tindakan perniagaan, termasuk transaksi
yang berkaitan dengan
pembelian dan penjualan barang (transaksi melalui 'mail
order'), pelbagai jenis perkhidmatan dan pemindahan maklumat digital
(imej, audio, teks
dan perisian), semua
yang dijalankan secara elektronik menggunakan internet untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pasaran dan perniagaan.
Dalam persekitaran
perniagaan, secara tradisinya
terdapat keperluan untuk satu
bentuk komunikasi yang
ketara dan kekal
dalam transaksi antara pembeli dan penjual. Walau
bagaimanapun, dalam e-dagang
ia berkeupayaan untuk berkomunikasi dalam suatu
bentuk elektronik di
mana komputer mampu
untuk mengenal, mengeluarkan
semula dan di simpan
bagi maksud yang perniagaan
kini boleh dijalankan dalam
persekitaran tanpa kertas.
E-dagang adalah proses perdagangan di media elektronik yang
mana pembeli boleh membuat transaksi melalui website penjual.
E-dagang akan menjurus ke arah
situasi di mana jumlah besar transaksi yang
dibuat di antara pembekal barang dan
perkhidmatan kepada pengguna. Transaksi ini dilakukan pada jarak yang jauh
daripada satu sama lain. Barang,
perkhidmatan dan maklumat digital (seperti
teks, imej, bunyi,
dan perisian) boleh
diperolehi oleh atau yang dibekalkan kepada pengguna yang
terletak di negara lain, pada jarak yang jauh dari pembekal mereka. Beberapa
situasi dimana transaksi yang merentas sempadan ini, fisikal barang telah tidak
dititik beratkan lagi.
Pengguna kini
boleh mendapatkan maklumat
lebih cepat mengenai
pembekalan barang dan perkhidmatan di
dalam rantaian global dengan penggunaan e-dagang. Secara ringkasnya
e-dagang digambarkan sebagai
menjalankan perniagaan
menggunakan internet, sama
ada berkomunikasi dengan
PC, internet atau
WAP membolehkan telefon mudah alih, televisyen interaktif, mesin
permainan konsol atau melalui kios.
2.0 SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
Perkembangan e-dagang
bermula sejak kemunculan internet pada tahun 1969 seterusnya berkembang dan
wujudnya E-dagang ( E-commerce ). Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika
iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford
Research Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa Barbara.
Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama
lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang
mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika Syarikat.
Selepas tiga tahun, lebih
dari lima puluh universiti telah terhubung bersama-sama dalam jaringan
(network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di sekitar negara dan
dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan kerjasama
jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer,
jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, dan muncullah istilah
internet.
Dalam konteks perniagaan,
internet membawa impak transformasi yang menciptakan paradigma baru dalam dunia
perniagaan yang dikenali sebagai “Digital Marketing”. Awal tahun 1990-an,
perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka
muncullah istilah baru “Electronic Commerce”
atau lebih dikenali E-commerce.
Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang. E-dagang merupakan
sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat
terutamanya telekomunikasi canggih.
E-dagang
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan
perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara
perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih
syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang
lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi
di antara penjual produk akhir dengan pengguna.
E-dagang menggunakan
Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan
pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan
sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak.
Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan
transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara
meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat
antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran
yang tidak boleh diabaikan.
2.1 Internet
Internet merupakan sebuah
koleksi rangkaian global yang menghubungkan dan berkongsi sesuatu maklumat melalui
satu set protokol
bersama. Ia membolehkan
komputer yang disambungkan kepada
rangkaian untuk berkomunikasi
tanpa mengira pengilang atau jenama, sistem operasi, seni
bina atau lokasi. Internet bukan sahaja membolehkan komunikasi
secara terbuka, tetapi
ia termasuk pelbagai bentuk komunikasi
lain . Transmisi suara, data dan
video boleh dibawa dengan satu infrastruktur.
Pada mulanya internet
digunakan terutamanya untuk penghantaran
data, tetapi transmisi suara melalui
telefon dan video
tranmisi telah berkembang. Satu lagi kelebihan Internet adalah kecekapan
pemindahan data.
Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang
menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu
yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima
pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat
persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membeli barangan
di rumah atau tempat perniagaan. Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan
yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan
internet sebagai mediumnya.
Aktiviti e-dagang merangkumi
penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada
pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan
khidmat pelangan secara online. terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di
jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk
digital dan produk perkhidmatan
2.2 Model Perniagaan E-Dagang
Terdapat tiga jenis model perniagaan
e-dagang:
1.
Perniagaan yang
terdapat di dunia secara
fizikal dan tanpa
kehadiran
Internet komersial.
Secara virtual kebanyakan
perniagaan yang ditubuhkan kini
mempunyai laman web
tetapi menggunakannya untuk tujuan
promosi secara pasif
dan bukannya untuk
aktiviti perdagangan dalam
talian.
2.
Perniagaan
yang menggabungkan kehadiran fizikal dengan satu talian.Model
perniagaan ini terlibat
dalam aktiviti komersial
melalui kedai-kedai dan juga dari
laman web. Perniagaan yang beroperasi secara eksklusif dalam talian. Model perniagaan ini juga dikenali sebagai
syarikat “dot.com”.
2.3 Kategori Pasaran E-Dagang Berlainan.
E-dagang terbahagi kepada beberapa kategori
yang berlainan.
1.
Syarikat perniagaan ke pengguna (B2C)
yang terlibat dengan
pengguna individu dalam
persekitaran runcit atau perkhidmatan.
2.
Syarikat
perniagaan keperniagaan (B2B) menyediakan barang atau perkhidmatan
kepada perniagaan lain.
Walaupun B2B kurang
menonjol daripada B2C, kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa sektor
B2B memperolehi jumlah perniagaan yang lebih tinggi daripada B2C.
3.
Syarikat
pengguna ke pengguna (C2C) mempermudahkan transaksi antara pengguna individu.
Sebagai contoh, Ebay, laman web lelong
dalam talian yang
memberi khidmat kepada
pasaran C2C, menjana pendapatan
daripada yuran transaksi,
perkhidmatan sampingan, dan pengiklanan. Juga relevan adalah kerajaan ke perniagaan (G2B)
dan kerajaan ke pengguna/warganegara (G2C).
3.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Semenjak diperkenalkan,
E-dagang telah menyebabkan kebanyakan perniagaan beralih kepada konsep
teknologi maya. Rata-rata usahawan sekarang beranggapan konsep e-dagang dapat
membantu dalam proses mengembangkan perniagaan kerana internet dapat diakses
dimana-mana sahaja. Penggunaan internet dapat membantu orang ramai dalam
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan.
Kemunculan e-dagang yang
kini mendapat perhatian orang ramai harus diberi perhatian dan dimanfaatkan
sepenuh oleh usahawan-usahawan di Malaysia kerana ia memberikan pulangan yang
menguntungkan. Antara kepentingan-kepentingan e-dagang dalam perniagaan adalah
seperti berikut:
1.
Transaksi
yang dijalankan melalui cara ini membuka banyak peluang kepada para peniaga
serta pelanggan dengan lebih cepat serta efektif.
2.
Merupakan
jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan
di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi
kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan
datang.
3.
Penggunaan
e-dagang dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan secara globalisasi
4.
Meningkatkan
produktiviti para usahawan dimana mereka dapat berkongsi dan menyebarkan
maklumat dengan cepat dan pantas melalui penggunaan medium seperti blog, laman
social, emel dan medium-medium yang lain.
5.
Dengan
penggunaan e-dagang para usahawan dapat memperoleh maklumat dan maklum balas
daripada pengguna dengan lebih tepat dan cepat ke arah yang lebih kompleks dan
dinamik.
6.
Perhubungan
dan komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
7.
Penggunaan
e-dagang adalah berkonsepkan mesra pelanggan, dimana ianya menyediakan platform
pencarian produk yang lebih mudah, padanan dan kenyataan spesifikasi produk
yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang
selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke
atas pertanyaan pelanggan.
8.
Pelanggan
lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak
pilihan dan membuat banyak perbandingan dari pelbagai syarikat lain.
9.
Dengan
penggunaan e-dagang, ia dapat membantu para usahawan membekalkan lebih banyak
maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti dan membuat inovasi dalam
sesuatu produk.
4.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Penekanan kerajaan
terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur ICT di Malaysia diberi penekanan
serius dengan memperkenalkan Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996. Malaysia
telah mula memperuntukkan perbelanjaan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan
pada pertengahan tahun 1990-an dan antara lain adalah dengan melancarkan Agenda
IT Negara (NITA) dan MSC.
Usaha kerajaan untuk
melihat Malaysia menjadi penggerak dalam pembangunan ICT disedari oleh pemimpin
negara yang mana ICT memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan negara
khususnya bagi meningkatkan
keefisienan, produktiviti, dan persaingan.
Pihak kerajaan begitu bersungguh dan konsisten dalam membangunkan dan
memperkembangkan ICT di Malaysia. Sehubungan dengan itu,
Aplikasi perdana dalam MSC adalah terdiri daripada tujuh aplikasi kesemuanya
iaitu terdiri daripada aplikasi Kerajaan Elektronik, Kad Pelbagai Guna (MyKad),
Sekolah Pintar, Telekesihatan, Pemasaran Tanpa Sempadan termasuklah e-dagang.
Aplikasi e-dagang
merupakan antara projek yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan dalam
menggalakkan lagi komunikasi dan transaksi menerusi elektronik melalui
transaksi perniagaan secara atas talian (on-line). Hal ini demikian kerana,
walaupun ianya masih diperingkat awal, e-dagang telah menunjukkan potensi yang
tinggi dalam merevolusikan proses dan struktur industri dan mengembalikan semula
persekitaran persaingan bagi perniagaan di seluruh dunia (Mahathir, 1998).
E-dagang merupakan perkara
baru di Malaysia. Kebanyakan pengguna lebih menggemari untuk berurusan secara
langsung dan melakukan transaksi secara bersemuka tanpa menggunakan teknologi
ICT seperti Internet. Hanya segelintir sahaja penduduk yang menggunapakai
sistem e-dagang ini terutamanya untuk aktiviti yang melibatkan urusan transaksi
kewangan seperti pembayaran bil, menempah tiket penerbangan dan membeli
barangan dan perkhidmatan secara on-line.
Beberapa polisi dan juga
strategi telah diambil oleh pihak kerajaan dan juga para peniaga bagi
memastikan perniagaan secara e-dagang di Malaysia dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan juga perkara yang perlu
diberi perhatian semasa melakukan perancangan dan juga polisi dan juga strategi
bagi e-dagang di Malaysia. Hal ini adalah termasuk dengan perkara yang
melibatkan adat resam, agama, dan juga kebudayaan kerana negara kita terdiri
daripada masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum.
Ini akan menjadikan
kelainan dalam merencanakan polisi dan juga strategi bagi e-dagang. Pihak
kerajaan dan juga pihak swasta perlulah memainkan peranan dalam memastikan
polisi dan strategi ini dapat dijalankan. Untuk menarik perhatian pengguna
untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang, sokongan dan peranan kerajaan amat
diperlukan terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan dan keselamatan.
Kerajaan perlu merangka beberapa dasar yang dilihat tidak membebankan dan efisien.
Selain itu,
peraturan-peraturan yang ditetapkan hendaklah bersifat telus dan melindungi
hak, harta dan mengawal sebarang bentuk penipuan. Kerajaan juga perlu sentiasa
memastikan dan memantau undang-undang e-dagang dari semasa ke semasa agar ianya
tidak mendatangkan beban kepada pengguna. Peranan swasta juga amat penting
dalam perjalanan e-dagang di Malaysia. Untuk mewujudkan suasana perjalanan
e-dagang yang kondusif, pihak swasta hendaklah mewujudkan satu sistem transaksi
selamat yang melindungi pengguna dari ancaman penggodam siber supaya maklumat
peribadi pengguna tidak disalah gunakan. Penyediaan kemudahan yang bersifat
mesra pelanggan perlu diwujudkan supaya persekitaran komunikasi dan interaksi
dapat dijalankan dengan lancar dan selesa.
5.0 CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
E-dagang merupakan sebuah
teknologi baru yang tidak terlepas daripada cabaran dan halangan yang ditempuhi
dalam usaha untuk diperkembangkan serta digunapakai oleh orang ramai. Oleh yang
demikian, cabaran yang dihadapi ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja
tetapi di seluruh dunia. Tidak semua golongan masyarakat dapat menyambut baik
atau memperolehi teknologi baru yang diperkenalkan. Terdapat sebahagian yang
berminat untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang ini untuk urusan kerja dan
juga aktiviti seharian.
E-dagang merupakan salah
satu fenomena baharu dalam dunia perniagaan. Perniagaan berasaskan Internet ini
mula mendapat sambutan yang menggalakkan dan ditambahkan lagi dengan
kecanggihan teknologi pada hari ini dapat membantu
pengguna dalam membuat pilihan.
Perlaksanaan sesebuah teknologi semestinya memiliki cabaran dan juga rintangan
dalam mencapai kejayaan ataupun sebaliknya. Cabaran dan rintangan yang dihadapi
ini terutamanya apabila ianya melibatkan proses menerima guna sesebuah
teknologi ke dalam urusan kerja dan juga aktiviti harian masyarakat setempat.
Sehubungan
dengan itu, terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan halangan dalam
mengembangkan penggunaan e-dagang ini, antaranya ialah berkenaan dengan
fasiliti dan infrastruktur seperti penyediaan perkhidmatan telekomunikasi jalur
lebar. Ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar merupakan faktor
utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang
dalam sesebuah Negara. Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah
organisasi perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau info
berkaitan dengan produk
6.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN
E-DAGANG
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keinginan
pengguna untuk menggunakan e-dagang yang telah dikenal pasti oleh pengkaji,
iaitu kebergunaan, mudah digunakan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan
keselamatan.
1. Kebergunaan
dan Kemudahgunaan
Seseorang pengguna atau
penjual akan mengenal pasti atau mencuba terlebih dahulu sesebuah aplikasi yang
disediakan sama ada ia mudah digunakan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, seseorang
pengguna akan terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut atau
memberhentikannya.
2. Pengaruh
Sosial
Keinginan seseorang
pengguna untuk menggunakan sesebuah aplikasi yang baharu seperti e-dagang ialah
faktor pengaruh social dimana pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan
berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain sekiranya
mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.
3. Kepercayaan
Faktor kepercayaan adalah
penting dalam hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi
elektronik. Ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan diberi keutamaan oleh
pengguna apabila melibatkan penggunaan sesebuah aplikasi dalam sesebuah laman
sesawang. Penerimaan terhadap faktor kepercayaan yang tinggi dalam sesebuah
laman sesawang e-pembelian dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna.
4. Kos
Dalam factor kos pula, apabila
sesebuah urusan penjualan dan pembelian
menyebabkan semakin tinggi kos daripada e-dagang tersebut, maka semakin
bertambah halangan untuk menerima dan menggunakan e-dagang seperti yang
dijangkakan. Ini adalah disebabkan, pengguna lebih cenderung untuk membuat
pembelian yang melibatkan urusan yang menggunakan kos yang boleh diterima oleh
pengguna.
Pengguna membandingkan
terlebih dahulu kos yang ditawarkan dalam sesebuah laman sesawang sebelum
melakukan pembelian. Sehubungan dengan itu, pengguna amat menitikberatkan
perkara berkenaan dengan kos dalam menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan
e-dagang.
5. Keselamatan
Penggunaan transaksi menerusi
elektronik atau Internet tidak dapat menjamin keselamatan 100 peratus
memandangkan terdapat banyak kes pencerobohan seperti kecurian kata laluan
akaun (atau dikenali sebagai phishing), penggodaman, kod berniat jahat, spam,
gangguan, percubaan penembusan untuk mendapatkan informasi sulit, dan sebagainya.
Justeru, faktor
keselamatan merupakan faktor yang paling penting dalam menjalankan urusan yang
melibatkan urusan transaksi seperti urusan pembelian secara online atau
menerusi kad kredit. Keselamatan dan kerahsiaan berhubung dengan keinginan
seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem dititikberatkan oleh
seseorang pengguna dalam menggunakan sesuatu sistem yang baharu seperti
aplikasi e-dagang.
7.0 KESIMPULAN
Malaysia tidak terkecuali
dari dunia digital dan perkembangan E-dagang di Malaysia sememangnya berada
pada tahap yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dalam pembangunan ini,
usaha dan inisiatif daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan dapat
memastikan sistem E-dagang ini dapat diimpimentasikan sepenuhnya oleh masyarkat
di Malaysia. Oleh yang demikian, sejajar
dengan perkembangan pesat sistem E-dagang telah banyak diterapkan oleh beberapa
negara maju dan sedang membangun bagi memacu ekonomi masiing-masing.
Kejayaan dalam penggunaan
e-dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan sektor
awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan di antara
beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan
daripada sudut kewibaan (authority). Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia
kini sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang
demikian adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya
urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Perdagangan ini mempunyai
peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia.
Melalui e-dagang ini juga akan memperkenalkan cara dan gaya baru dalam
urusniaga.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Firdause Bin Md Fadzil, Mohd Rafi Bin
Yaacob. 2014.
Faktor Individu Sebagai
Komponen Menyumbang Kepada
Penciptaan Perniagaan Baharu
Usahawan E-Dagang.
Diakses
pada 26 Julai 2016 http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2014
/PERKEM_2014_3C3.pdf
E-Dagang Menurut Perspektif Islam. Diakses
pada 26 Julai 2016
https://www.researchgate.net/publication/297716212_E-GANG_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM
Emasria Binti Ismail. Tahap Perlaksanaan Sistem E-Dagang Dalam
Industri
Pembinaan Di Malaysia
(2006). Universiti Teknologi Malaysia. Diakses pada 26 Julai 2016. http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2006/JSB-P/PART1/emasriaaa010099d06ttp.pdf
Garis Panduan Dan Etika E-Dagang Bagi Produk
Fizikal Menurut Perspektif Syariah.
Diakses pada 26 Julai 2016
http://eprints.utm.my/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad).pdf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Cukai Barang Dan Perkhidmatan
(2014).
Diakses pada 26 Julai
2016 http://www.customs.gov.my/en/ip/Documents/Panduan%20E-DAGANG%2019122014.pdf
Mohd Azrone Sarabatin. E-Dagang perkasa
Kerjaya Keusahawanan. 2011.
Berita Harian
Mokmin Basri. 2004. Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (Ict) Dan Nilai Dalam
Masyarakat.
Diakses pada 26 Julai 2016 http://repo.uum.edu.my/1852/1/28.pdf
Ruslan Romli & Norazuwa Mat. Faktor kebergunaan dan
kemudahgunaan terhadap
niat penggunaan e-dagang
di kalangan industri kecil dan sederhana di Sabah. Kolej Perniagaan UUM
Universiti Utara Malaysia. Diakses pada 26 Julai 2016 http://repo.uum.edu.my/16392/1/37.pdf
Sinar Harian.Peluang Ceburi Perniagaan
E-Dagang. 29 julai 2009. Melaka
*keratan akhbar mengenai E-dagang