Tuesday, 20 September 2016

1. 0      PENGENALAN
Perdagangan elektronik (E-dagang) adalah penggunaan rangkaian komputer di dalam aktiviti aktiviti komersial. Perniaga menggunakan e-dagang untuk membeli dan menjual barang dan perkhidmatan, mewujudkan kesedaran korporat yang lebih tinggi, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan. Walaupun banyak mempertimbangkan e-dagang menjadi sinonim dengan perdagangan di Internet, skop sebenar adalah jauh lebih besar. E-dagang merangkumi semua jenis tindakan perniagaan, termasuk  transaksi  yang  berkaitan  dengan  pembelian  dan  penjualan barang (transaksi melalui 'mail order'), pelbagai jenis perkhidmatan dan pemindahan maklumat  digital  (imej,  audio,  teks  dan  perisian),  semua  yang  dijalankan  secara elektronik menggunakan internet untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pasaran dan perniagaan.
Dalam  persekitaran  perniagaan,  secara  tradisinya  terdapat  keperluan  untuk satu  bentuk  komunikasi  yang  ketara  dan  kekal  dalam  transaksi  antara pembeli  dan penjual.    Walau    bagaimanapun,    dalam    e-dagang    ia    berkeupayaan    untuk berkomunikasi dalam  suatu  bentuk  elektronik  di  mana  komputer  mampu  untuk mengenal, mengeluarkan  semula dan  di  simpan  bagi maksud  yang  perniagaan  kini boleh   dijalankan   dalam   persekitaran   tanpa   kertas.   E-dagang   adalah   proses perdagangan di media elektronik yang mana pembeli boleh membuat transaksi melalui website penjual.
E-dagang akan menjurus ke arah situasi di mana jumlah besar transaksi yang
dibuat di antara pembekal barang dan perkhidmatan kepada pengguna. Transaksi ini dilakukan pada jarak yang jauh daripada satu sama lain. Barang, perkhidmatan dan maklumat  digital  (seperti  teks,  imej,  bunyi,  dan  perisian)  boleh  diperolehi  oleh  atau yang dibekalkan kepada pengguna yang terletak di negara lain, pada jarak yang jauh dari pembekal mereka. Beberapa situasi dimana transaksi yang merentas sempadan ini, fisikal barang telah tidak dititik beratkan lagi.
Pengguna    kini    boleh    mendapatkan   maklumat    lebih cepat    mengenai
pembekalan barang dan perkhidmatan di dalam rantaian global dengan penggunaan e-dagang. Secara  ringkasnya  e-dagang  digambarkan  sebagai  menjalankan  perniagaan menggunakan  internet,  sama  ada  berkomunikasi  dengan  PC,  internet  atau  WAP membolehkan telefon mudah alih, televisyen interaktif, mesin permainan konsol atau melalui kios.


2.0       SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG

Perkembangan e-dagang bermula sejak kemunculan internet pada tahun 1969 seterusnya berkembang dan wujudnya E-dagang ( E-commerce ). Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa Barbara. Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika Syarikat.
 Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, dan muncullah istilah internet.
Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai “Digital Marketing”. Awal tahun 1990-an, perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah istilah baru “Electronic Commerce”
atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang. E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih.
            E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna.
E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.

2.1       Internet
Internet merupakan sebuah koleksi rangkaian global yang menghubungkan dan berkongsi sesuatu maklumat  melalui  satu  set  protokol  bersama.  Ia  membolehkan  komputer  yang disambungkan  kepada  rangkaian  untuk  berkomunikasi  tanpa  mengira  pengilang atau jenama, sistem operasi, seni bina atau lokasi. Internet bukan sahaja membolehkan  komunikasi  secara  terbuka,  tetapi  ia termasuk pelbagai  bentuk  komunikasi  lain .  Transmisi suara, data dan video boleh dibawa dengan satu infrastruktur.  Pada  mulanya  internet  digunakan  terutamanya untuk  penghantaran  data,  tetapi  transmisi suara  melalui  telefon  dan  video  tranmisi telah berkembang. Satu lagi kelebihan Internet adalah kecekapan pemindahan data.
Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membeli barangan di rumah atau tempat perniagaan. Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya.
  Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan

2.2       Model Perniagaan E-Dagang
            Terdapat tiga jenis model perniagaan e-dagang:
1.    Perniagaan  yang  terdapat di  dunia  secara  fizikal  dan  tanpa  kehadiran
Internet   komersial.   Secara virtual kebanyakan   perniagaan   yang ditubuhkan  kini  mempunyai  laman  web  tetapi  menggunakannya  untuk tujuan  promosi  secara  pasif  dan  bukannya  untuk  aktiviti  perdagangan dalam talian.

2.    Perniagaan yang menggabungkan kehadiran fizikal dengan satu talian.Model
perniagaan ini  terlibat  dalam  aktiviti  komersial  melalui  kedai-kedai dan juga dari laman web. Perniagaan yang beroperasi secara eksklusif dalam talian.  Model perniagaan ini juga dikenali sebagai syarikat “dot.com”.

2.3       Kategori Pasaran E-Dagang Berlainan.
E-dagang    terbahagi kepada beberapa kategori yang    berlainan.
1.    Syarikat    perniagaan ke pengguna  (B2C)  yang  terlibat  dengan  pengguna  individu  dalam  persekitaran  runcit atau  perkhidmatan.


2.    Syarikat perniagaan keperniagaan (B2B) menyediakan barang atau   perkhidmatan   kepada   perniagaan   lain.   Walaupun   B2B   kurang   menonjol daripada B2C, kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa sektor B2B memperolehi jumlah perniagaan yang lebih tinggi daripada B2C.

3.    Syarikat pengguna ke pengguna (C2C) mempermudahkan transaksi antara pengguna individu. Sebagai contoh, Ebay, laman  web  lelong  dalam  talian  yang  memberi  khidmat  kepada  pasaran  C2C, menjana   pendapatan   daripada   yuran   transaksi,   perkhidmatan   sampingan,   dan pengiklanan.  Juga relevan adalah kerajaan ke perniagaan (G2B) dan kerajaan ke pengguna/warganegara (G2C).


3.0       KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Semenjak diperkenalkan, E-dagang telah menyebabkan kebanyakan perniagaan beralih kepada konsep teknologi maya. Rata-rata usahawan sekarang beranggapan konsep e-dagang dapat membantu dalam proses mengembangkan perniagaan kerana internet dapat diakses dimana-mana sahaja. Penggunaan internet dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan.
 Kemunculan e-dagang yang kini mendapat perhatian orang ramai harus diberi perhatian dan dimanfaatkan sepenuh oleh usahawan-usahawan di Malaysia kerana ia memberikan pulangan yang menguntungkan. Antara kepentingan-kepentingan e-dagang dalam perniagaan adalah seperti berikut:

1.    Transaksi yang dijalankan melalui cara ini membuka banyak peluang kepada para peniaga serta pelanggan dengan lebih cepat serta efektif.
2.    Merupakan jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan datang.
3.    Penggunaan e-dagang dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan secara globalisasi
4.    Meningkatkan produktiviti para usahawan dimana mereka dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan pantas melalui penggunaan medium seperti blog, laman social, emel dan medium-medium yang lain.
5.    Dengan penggunaan e-dagang para usahawan dapat memperoleh maklumat dan maklum balas daripada pengguna dengan lebih tepat dan cepat ke arah yang lebih kompleks dan dinamik.
6.    Perhubungan dan komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
7.    Penggunaan e-dagang adalah berkonsepkan mesra pelanggan, dimana ianya menyediakan platform pencarian produk yang lebih mudah, padanan dan kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.
8.    Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan membuat banyak perbandingan dari pelbagai syarikat lain.
9.    Dengan penggunaan e-dagang, ia dapat membantu para usahawan membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti dan membuat inovasi dalam sesuatu produk.


4.0       TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Penekanan kerajaan terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur ICT di Malaysia diberi penekanan serius dengan memperkenalkan Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996. Malaysia telah mula memperuntukkan perbelanjaan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan pada pertengahan tahun 1990-an dan antara lain adalah dengan melancarkan Agenda IT Negara (NITA) dan MSC.
Usaha kerajaan untuk melihat Malaysia menjadi penggerak dalam pembangunan ICT disedari oleh pemimpin negara yang mana ICT memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan negara khususnya bagi meningkatkan
keefisienan, produktiviti, dan persaingan. Pihak kerajaan begitu bersungguh dan konsisten dalam membangunkan dan memperkembangkan ICT di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Aplikasi perdana dalam MSC adalah terdiri daripada tujuh aplikasi kesemuanya iaitu terdiri daripada aplikasi Kerajaan Elektronik, Kad Pelbagai Guna (MyKad), Sekolah Pintar, Telekesihatan, Pemasaran Tanpa Sempadan termasuklah e-dagang.
Aplikasi e-dagang merupakan antara projek yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan lagi komunikasi dan transaksi menerusi elektronik melalui transaksi perniagaan secara atas talian (on-line). Hal ini demikian kerana, walaupun ianya masih diperingkat awal, e-dagang telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam merevolusikan proses dan struktur industri dan mengembalikan semula persekitaran persaingan bagi perniagaan di seluruh dunia (Mahathir, 1998).
E-dagang merupakan perkara baru di Malaysia. Kebanyakan pengguna lebih menggemari untuk berurusan secara langsung dan melakukan transaksi secara bersemuka tanpa menggunakan teknologi ICT seperti Internet. Hanya segelintir sahaja penduduk yang menggunapakai sistem e-dagang ini terutamanya untuk aktiviti yang melibatkan urusan transaksi kewangan seperti pembayaran bil, menempah tiket penerbangan dan membeli barangan dan perkhidmatan secara on-line.
Beberapa polisi dan juga strategi telah diambil oleh pihak kerajaan dan juga para peniaga bagi memastikan perniagaan secara e-dagang di Malaysia dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan juga perkara yang perlu diberi perhatian semasa melakukan perancangan dan juga polisi dan juga strategi bagi e-dagang di Malaysia. Hal ini adalah termasuk dengan perkara yang melibatkan adat resam, agama, dan juga kebudayaan kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum.
 Ini akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan juga strategi bagi e-dagang. Pihak kerajaan dan juga pihak swasta perlulah memainkan peranan dalam memastikan polisi dan strategi ini dapat dijalankan. Untuk menarik perhatian pengguna untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang, sokongan dan peranan kerajaan amat diperlukan terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan dan keselamatan. Kerajaan perlu merangka beberapa dasar yang dilihat tidak membebankan dan efisien.
Selain itu, peraturan-peraturan yang ditetapkan hendaklah bersifat telus dan melindungi hak, harta dan mengawal sebarang bentuk penipuan. Kerajaan juga perlu sentiasa memastikan dan memantau undang-undang e-dagang dari semasa ke semasa agar ianya tidak mendatangkan beban kepada pengguna. Peranan swasta juga amat penting dalam perjalanan e-dagang di Malaysia. Untuk mewujudkan suasana perjalanan e-dagang yang kondusif, pihak swasta hendaklah mewujudkan satu sistem transaksi selamat yang melindungi pengguna dari ancaman penggodam siber supaya maklumat peribadi pengguna tidak disalah gunakan. Penyediaan kemudahan yang bersifat mesra pelanggan perlu diwujudkan supaya persekitaran komunikasi dan interaksi dapat dijalankan dengan lancar dan selesa.



5.0       CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
E-dagang merupakan sebuah teknologi baru yang tidak terlepas daripada cabaran dan halangan yang ditempuhi dalam usaha untuk diperkembangkan serta digunapakai oleh orang ramai. Oleh yang demikian, cabaran yang dihadapi ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia. Tidak semua golongan masyarakat dapat menyambut baik atau memperolehi teknologi baru yang diperkenalkan. Terdapat sebahagian yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang ini untuk urusan kerja dan juga aktiviti seharian.
E-dagang merupakan salah satu fenomena baharu dalam dunia perniagaan. Perniagaan berasaskan Internet ini mula mendapat sambutan yang menggalakkan dan ditambahkan lagi dengan kecanggihan teknologi pada hari ini dapat membantu
pengguna dalam membuat pilihan. Perlaksanaan sesebuah teknologi semestinya memiliki cabaran dan juga rintangan dalam mencapai kejayaan ataupun sebaliknya. Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini terutamanya apabila ianya melibatkan proses menerima guna sesebuah teknologi ke dalam urusan kerja dan juga aktiviti harian masyarakat setempat.
            Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan halangan dalam mengembangkan penggunaan e-dagang ini, antaranya ialah berkenaan dengan fasiliti dan infrastruktur seperti penyediaan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar. Ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar merupakan faktor utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah Negara. Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan dengan produk

6.0       FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
            Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan e-dagang yang telah dikenal pasti oleh pengkaji, iaitu kebergunaan, mudah digunakan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan.

1.    Kebergunaan dan Kemudahgunaan
Seseorang pengguna atau penjual akan mengenal pasti atau mencuba terlebih dahulu sesebuah aplikasi yang disediakan sama ada ia mudah digunakan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, seseorang pengguna akan terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut atau memberhentikannya. 

2.    Pengaruh Sosial
Keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah aplikasi yang baharu seperti e-dagang ialah faktor pengaruh social dimana pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain sekiranya mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. 

3.    Kepercayaan
Faktor kepercayaan adalah penting dalam hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi elektronik. Ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan diberi keutamaan oleh pengguna apabila melibatkan penggunaan sesebuah aplikasi dalam sesebuah laman sesawang. Penerimaan terhadap faktor kepercayaan yang tinggi dalam sesebuah laman sesawang e-pembelian dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna.

 4.    Kos
Dalam factor kos pula, apabila sesebuah urusan penjualan dan pembelian  menyebabkan semakin tinggi kos daripada e-dagang tersebut, maka semakin bertambah halangan untuk menerima dan menggunakan e-dagang seperti yang dijangkakan. Ini adalah disebabkan, pengguna lebih cenderung untuk membuat pembelian yang melibatkan urusan yang menggunakan kos yang boleh diterima oleh pengguna.
Pengguna membandingkan terlebih dahulu kos yang ditawarkan dalam sesebuah laman sesawang sebelum melakukan pembelian. Sehubungan dengan itu, pengguna amat menitikberatkan perkara berkenaan dengan kos dalam menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan e-dagang.

5.    Keselamatan
Penggunaan transaksi menerusi elektronik atau Internet tidak dapat menjamin keselamatan 100 peratus memandangkan terdapat banyak kes pencerobohan seperti kecurian kata laluan akaun (atau dikenali sebagai phishing), penggodaman, kod berniat jahat, spam, gangguan, percubaan penembusan untuk mendapatkan informasi sulit, dan sebagainya.
Justeru, faktor keselamatan merupakan faktor yang paling penting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan transaksi seperti urusan pembelian secara online atau menerusi kad kredit. Keselamatan dan kerahsiaan berhubung dengan keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem dititikberatkan oleh seseorang pengguna dalam menggunakan sesuatu sistem yang baharu seperti aplikasi e-dagang.

7.0       KESIMPULAN
Malaysia tidak terkecuali dari dunia digital dan perkembangan E-dagang di Malaysia sememangnya berada pada tahap yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dalam pembangunan ini, usaha dan inisiatif daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan dapat memastikan sistem E-dagang ini dapat diimpimentasikan sepenuhnya oleh masyarkat di  Malaysia. Oleh yang demikian, sejajar dengan perkembangan pesat sistem E-dagang telah banyak diterapkan oleh beberapa negara maju dan sedang membangun bagi memacu ekonomi masiing-masing.
Kejayaan dalam penggunaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan sektor awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia kini sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Perdagangan ini mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Melalui e-dagang ini juga akan memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. 



BIBLIOGRAFI



Ahmad Firdause Bin Md Fadzil, Mohd Rafi Bin Yaacob. 2014.

Faktor     Individu     Sebagai     Komponen     Menyumbang     Kepada

Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang.

Diakses pada 26 Julai 2016 http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2014   
/PERKEM_2014_3C3.pdf

E-Dagang Menurut Perspektif Islam. Diakses pada 26 Julai 2016

https://www.researchgate.net/publication/297716212_E-GANG_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM

Emasria Binti Ismail. Tahap Perlaksanaan Sistem E-Dagang Dalam Industri

Pembinaan Di Malaysia (2006). Universiti Teknologi Malaysia. Diakses pada 26 Julai 2016. http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2006/JSB-P/PART1/emasriaaa010099d06ttp.pdf

Garis Panduan Dan Etika E-Dagang Bagi Produk Fizikal Menurut Perspektif Syariah.

Diakses pada 26 Julai 2016 http://eprints.utm.my/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad).pdf

Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Cukai Barang Dan Perkhidmatan (2014).

Diakses pada 26 Julai 2016 http://www.customs.gov.my/en/ip/Documents/Panduan%20E-DAGANG%2019122014.pdf

Mohd Azrone Sarabatin. E-Dagang perkasa Kerjaya Keusahawanan. 2011.

Berita Harian

Mokmin Basri. 2004. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Dan Nilai Dalam

            Masyarakat. Diakses pada 26 Julai 2016 http://repo.uum.edu.my/1852/1/28.pdf

Ruslan Romli & Norazuwa Mat. Faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap

niat penggunaan e-dagang di kalangan industri kecil dan sederhana di Sabah. Kolej Perniagaan UUM Universiti Utara Malaysia. Diakses pada 26 Julai 2016 http://repo.uum.edu.my/16392/1/37.pdf

Sinar Harian.Peluang Ceburi Perniagaan E-Dagang. 29 julai 2009. Melaka




 
                                          *keratan akhbar mengenai E-dagang


 




 

1 comment:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete